PERANAN MAJIKAN
PERANAN MAJIKAN DALAM MELAKSANAKAN PERANCANGAN & PRINSIP OPERASI
Definisi organisasi
Pertubuhan atau organisasi adalah satu penyusunan sosial yang mengejar matlamat kolektif, mengawal prestasinya sendiri, dan mempunyai satu sempadan yang memisahkannya daripada persekitaran. Organisasi merupakan penyusunan dan pengaturan dari pelbagai bahagian sehingga menjadi sesuatu organisasi yang teratur.
Peranan majikan dalam menjayakan sesebuah organisasi
Jika saya seorang majikan dalam sesebuah organisasi, peranan saya untuk memastikan para pekerja membantu melaksanakan perancangan dan prinsip organisasi adalah :
- Menyediakan tempat kerja yang harmoni dan selesa
- Mengetatkan sistem pendisiplinan dalam bekerja
- Lebih tegas dalam menilai pekerja
- Menjadi contoh dan ikutan kepada para pekerja
- Mempunyai perancangan awal dan strategik
- Memberikan ganjaran
Adalah penting bagi majikan untuk mewujudkan dan menyediakan tempat kerja yang harmoni dan selesa serta kurang daripada pelbagai tekanan. Hal ini kerana, dengan adanya suasana yang harmoni ia dapat membantu majikan dan pekerja itu sendiri untuk saling bekerjasama, amalkan toleransi dan sifat saling memahami dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan dalam organisasi. Dalam konteks ini, persekitaran tempat kerja yang harmoni dapat menjamin keselamatan semua pihak. Oleh itu, ini membolehkan majikan serta pekerja memberi fokus terhadap urusan kerja dan secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi organisasi.
Seterusnya untuk meningkatkan sesebuah organisasi tersebut adalah dengan mengetatkan sistem pendisiplinan dalam bekerja. Disipilin amat penting bagi sesebuah organisasi. Disiplin digunakan untuk membina dan mengekalkan rasa hormat dan kepercayaan antara majikan dan pekerja. Pengurusan disiplin juga dapat meningkatkan prestasi karya pekerja. Telah menjadi tanggungjawab bagi semua pekerja untuk mengetahui hak-hak mereka bagi membolehkan mereka mengetahui beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pihak pengurusan dan organisasi di tempat mana mereka bekerja. Oleh itu, dengan mengetatkan disiplin dalam bekerja dapat membantu meningkatkan organisasi dan sekaligus mewujudkan pekerja yang berkualiti. Kepentingan disiplin sememangnya tidak dinafikan lagi bagi memastikan operasi organisasi berjalan dengan lancar. Tanpa disiplin, operasi organisasi akan menjadi kacau bilau yang akibatnya akan memusnahkan organisasi.
Bagi memastikan para pekerja membantu dalam melaksanakan perancangan dan konsep organisasi majikan perlulah lebih tegas dalam menilai para pekerja. Organisasi perlu menyediakan dasar dan peraturan supaya di patuhi oleh setiap individu yang bekerja di dalamnya. Setiap pengurusan diamanahkan oleh majikan dan pihak pengurusan atasan bagi memastikan segala peraturan dan arahan yang berkaitan dengan kerja diikuti oleh pekerjanya dan pengurus itu sendiri. Hal ini adalah untuk memastikan para pekerja melakukan kerja dengan bersungguh- sungguh dan bukan hanya sambil lewa dan mengambil ringan terhadap melakukan sesuatu organisasi. Oleh itu, majikan perlulah lebih tegas dalam menilai dan memantau para pekerja bagi meningkatkan sesebuah organisasi tersebut.
Seterusnya, saya sendiri perlulah menjadi contoh dan ikutan kepada para pekerja supaya mereka dapat mempraktikkan prinsip dan pelaksanaan operasi dalam diri mereka denga lebih efektif,lancar setiap hari.
Sebagai seorang majikan, saya perlulah mempunyai perancangan awal dan strategik. Hal ini kerana, perancangan awal dan penyediakan strategik yang bagus akan mendapat peluang yang cerah dalam melaksanakan prinsip dan perancangan operasi ini pada masa akan datang dengan lebih kemas, fleksibel serta mudah diamalkan dan diterapkan dalam setiap diri pekerja serta bahagian pengurusan dalam sesebuah organisasi lebih teratur. Paling penting , prinsip dan pelaksanaan perancangan operasi akan berjalan dengan lancar.
Inisiatif yang terakhir, memberikan ganjaran kepada pekerja yang menunjukkan usaha keras dan prestasi yang cemerlang ketika melaksanakan tugas mereka serta dapat menerapkan amalan prinsip dan pelaksanaan operasi.Pemberian ganjaran juga merupakan sesuatu perkara penting dalam segala urusan antara pekerja dan majikan.Ini juga merupakan salah satu cara untuk menaikkan semangat mereka ketika bekerja. Contoh ganjaran yang dapat diberikan ialah ganjaran ektrinsik iaitu ganjaran yang berupa wang upah lebih ataupun bonus. Hal ini juga dapat memberikan pengukuhan dan motivasi kepada para pekerja yang lain untuk lebih berusaha dan meningkatkan prestasi mereka.
Comments
Post a Comment