KEPENTINGAN

KEPENTINGAN PRINSIP & PERANCANGAN OPERASI

      Antara kepentingan perancangan dan prinsip operasi kepada sesebuah operasi ialah dapat mengurangkan risiko pelaksanaan kerja berulang kali yang merugikan kos, masa dan sumber. Perancangan yang sistematik dapat memberikan panduan kepada pihak pelaksana untuk menggunakan sumber dalam kuantiti dan jumlah yang tetap. Dengan adanya perancangan pihak pelaksana dapat mengenal pasti sumber untuk sebuah organisasi  mengikut kadar yang ditetapkan. Malah dengan adanya perancangan yang teratur, sumber yang pelbagai ini dapat diagihkan secara saksama berdasarkan keperluan disetiap bahagian dan unit. Perancangan dapat mengelakkan sumber dari diagihkan ke tempat yang tidak memerlukan serta pembaziran juga dapat dielakkan. Selain itu, masa juga akan dapat dijimatkan dek kerana tidak perlu membuat kerja berulang kali jika kita membuat perancangan dengan betul dan boleh memberi tumpuan untuk mendapatkan sumber yang kritikal dari luar.

      Seterusnya, dapat menentukan matlamat. Hal ini kerana dalam setiap perancangan sesebuah organisasi mestilah perlu membuat analisis peluang, cabaran, ancaman, kekuatan dan kelemahan untuk menentukan matlamat. Ini kerana untuk membantu pengurus menentukan matlamat, kumpulan kerja dan membangunkan strategi yang menyeluruh bagi mencapai matlamat dan menggunakan sumber dengan lebih teratur. Sebagai contoh dengan membuat perancangan dengan menyatakan visi, misi, objektif, rancangan operasi, keperluan kewangan, keperluan sumber manusia bagi mencapai matlamat organisasi. Oleh itu, sangat penting untuk kita menentukan matlamat sebelum membuat perancangan supaya segalanya berjalan dengan teratur.

      Selain itu, memberikan kita tumpuan. Perancangan adalah adalah proses yang melibatkan daya tumpuan yang tajam untuk mewujudkan gerak kerja dan  mencapai prestasi tertinggi di dalam organisasi. Setiap pelan perancangan jika tidak diberi tumpuan dan melakukan dengan sambil lewa akan menyusahkan pihak pengurus. Proses perancangan dapat membantu pihak pengurusan tertinggi organisasi untuk memastikan semua perkara berjalan dengan lancar. Perangkaan pelan perancangan membolehkan pelbagai jenis sumber disusun dan diagihkan ke seluruh organsasi. Proses perancangan membolehkan organisasi mengenal pasti masalah dan merangka cara  untuk menghadapinya. Oleh itu terang lagi bersuluhlah bahawa perancangan dapat memberikan kita tumpuan.

      Seterusnya, perancangan membantu organisasi menangani risiko. Setiap perancangan mesti ada risiko yang tersendiri. Risiko wujud dalam pelbagai bentuk. Risiko membentuk pelbagai halangan kepada organisasi dan para pekerjanya. Namun kebanyakan risiko boleh diduga bentuknya dan boleh diramal sejauh mana ia meninggalkan kesan negatif kepada organisasi jika kita sudah besiap sedia dari awal. Namun ramalan dan dugaan ini tidak mempunyai apa-apa makna sekiranya organisasi tidak bertindak merancang apa-apa untuk menghadapinya. Bergantung kepada kreativiti pengurus dan pembuat keputusan organisasi untuk memutuskan pendekatan terbaik untuk menangani setiap risiko. Setiap para pekerja juga harus memainkan peranan yang penting dengan memberikan idea jika menghadapi sebarang risiko kerana kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. Ada risiko yang boleh dielakkan sekadar berhati-hati dengan perkembangannya, ada pula yang terpaksa ditangani secara berhadapan dan perlu dihapuskan. Dengan perancangan, organisasi dan para pekerjanya dapat menangani risiko dengan berkesan.

Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN