JENIS


JENIS PRINSIP & PERANCANGAN OPERASI


Prinsip dan perancangan operasi merupakan tanggungjawab semua pihak pengurusan sama ada pada peringkat atasan mahupun peringkat penyeliaan.

Perancangan strategik dibuat bagi mencapai objektif organisasi, prinsip dan perancangan operasi.
Perancangan operasi perlu dibuat dengan menyediakan butiran tertentu.

Prinsip dan perancangan operasi terbahagi kepada 2 iaitu :-
a)      Rancangan untuk tujuan tertentu
b)      Rancangan kekal yang tujuan menyelaras dan memberikan panduan tentang tugas dan membuat keputusan.

a)      RANCANGAN UNTUK TUJUAN TERTENTU
Mengandungi program projek dan belanjawan untuk aktiviti tertentu. Apabila program tamat rancangan ini dibubarkan dan akan diwujudkan semula apabila terdapat program baharu.

Program
Mengandungi dan menerangkan secara menyeluruh aktiviti yang akan dijalankan. Sebagai contoh, langkah demi langkah yang perlu diikuti oleh kakitangan yang dipertanggungjawabkan melalui jadual penyediaan program.

Projek
Merupakan tugas-tugas kecil di dalam program yang menunjukkan kakitangan tertentu yang yelah dipertanggungjawabkan.

Belanjawan
Disifatkan sebagai satu alat untuk mengawal perjalanan aktiviti supaya dapat mematuhi peruntukan yang telah ditetapkan.

b)      RANCANGAN KEKAL
Rancangan ini berlaku apabila perancangan operasi melibatkan pengawalan perjalanan aktiviti akan dibuat melalui dasar, tatacara dan peraturan yang ditetapkan



Dasar
Panduan ditetapkan oleh pihak pengurusan atasan, untuk membuat keputusan dan mencari jalan keluar bagi mengelakkan konflik dan kekeliruan yang mungkin timbul pada peringkat bawahan.

Tatacara
Prosedur yang selaras dengan tatacara atau kaedah menerangkan cara untuk menjalankan tugas agar kakitangan dapat melaksanakan tugas dengan seragam.

Peraturan
Merupakan satu penyataan untuk mengawal sesuatu tindakan itu boleh dibuat atau tidak.
Sebagai contoh, ‘KAWASAN INI ADALAH KAWASAN LARANGAN MEROKOK merupakan satu peraturan yang dikenakan kepada pihak tertentu atau orang ramai.

KETAATAN KEPADA ORGANISASI

Ketaatan kepada organisasi merujuk kepada ketaatan kerja seseorang pekerja kepada pengurus dan pengurus kepada ketuanya. Prinsip utama ialah selagi arahan atau perintah daripada pengurus tersebut tidak bercanggah dengan islam, maka menjadi kewajipan pekerja mematuhi arahan yang dikeluarkan.
Ketaatan pemimpin ini diambil daripada firman Allah SWT :



Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan orang-orang yang berkuasa diantara kamu. Dan jika kamu tidak bersetuju dengan apa-apa, rujuklah kepada Allah dan Rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Itulah cara terbaik dan terbaik dalam hasilnya. (Surah An-Nisa 4:59)

Kesetiaan kepada organisasi

Seseorang pengurus mesti setia kepada organisasi supaya tidak boleh:-
Ø Mengambil tindakan yang boleh menimbulkan sebarang risiko yang besar kepada suatu organisasi tersebut.
Ø  Membuat keputusan yang mungkin membawa kepada kerugian kepada syarikat.
Ø  Membelakangkan kepentingan organisasinya demi kepentingan organisasi yang lain.
Ø  Bekerja dengan dua organisasi yang berbeza dalam suatu masa tertentu.

Kepatuhan kepada disiplin yang ditetapkan


               Kepentingan disiplin sememangnya tidak dinafikan bagi memastikan operasi organisasi berjalan dengan lancar. Organisasi juga perlu menyediakan dasar dan peraturan supaya dipatuhi oleh setiap individu yang bekerja didalamnya. Tanpa disiplin, operasi organisasi akan menjadi kacau bilau yang mengakibat kemusnahan sesebuah organisasi. Setiap pengurusan diamanahkan oleh majikan dan pihak atasan untuk memastikan segala peraturan yang berkaitan dengan pekerjaan diikuti oleh pekerja dan pengurus.

Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN